Tarikh: 16/2/2019

Masa: 2.00pm-5.00pm

Lokasi :PI RTP Padang Besar,Kedah.

 Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu para peserta membuat email sendiri dan menggunakan email untuk menghantar kerja mereka dan dapat menjimatkan masa dan kos penghantaran.

Aktiviti

Aktiviti pertama yang dilakukan ialah pengenalan kepada cara untuk membuat email. Selain itu, para peserta diberi panduan yang betul untuk membuat email. Petugas memberi tunjuk ajar satu persatu supaya mereka lebih faham untuk membuat email. Disamping itu, mereka turut berasa teruja selepas bertukar mesej secara dalam talian iaitu melalui email.

 

Klik gambar disini

 

 

 

Tarikh: 8/2/2019

Masa: 9.00pm-1.00pm

Lokasi :PI RTP Padang Besar,Kedah.

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu para guru KAFA membuat akaun email sendiri. Para guru terdiri daripada 8 orang yang mengajar di sekitar daerah Sik.

Aktiviti

Mereka diberi tunjuk ajar oleh para petugas PI RTP Padang  Besar untuk membuat email dan memudahkan mereka untuk menghantar kerja-kerja yang memerlukan dihantar secara dalam talian. Selian itu, mereka juga diberi panduan tentang cara yang betul untuk melayari internet.

 

Klik gambar disini

 

 

 

 

Tarikh: 31/1/2019

Masa: 2.00pm-5.00pm

Lokasi :PI RTP Padang Besar,Kedah

 Tujuan

Kelas ini diadakan sempena cuti sekolah yang telah bermula.  Kelas ini menggunakan asas Word untuk memudahkan para peserta yang hadir faham tentang kegunaan Microsoft Word ini.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan ialah pengenalan terhadap Microsoft Word dan asas pembelajaran yang mudah untuk difahami. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan tayangan video tentang KDB yang dijalankan di setiap Pusat Internet seluruh malaysia.

Klik gambar disini

 

 

 

 

Tarikh: 3/2/2019

Masa: 2.00pm-5.00pm

Lokasi :PI RTP Padang Besar,Kedah

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu para pelajar supaya mahir dan menjadi seorang yang celik IT.

Aktiviti

Aktiviti pertama yang dijalankan ialah penerangan tentang KDB yang meliputi aspek keselamatan ketika melayari internet. Selain itu, para pelajar juga turut diberi bimbingan tentang cara menggunakan laman sosial dengan selamat dan tidak mudah terpengaruh dengan penipuan yang sering beralku di media sosial.

 

Klik gambar disini

 

 

 

Tarikh: 25/1/2019

Masa: 10.00am-12.00pm

Lokasi :PI RTP Padang Besar,Kedah.

 

Tujuan

Tujuan aktiviti dijalankan ialah memberi maklumat terbaru tentang penipuan yang sedang terjadi di laman sosial dan cara untuk menghindarinya.

Aktiviti

Kelas ini dimulai dengan taklimat tentang asas klik dengan bijak.Seterusnya, petugas memulakan kelas dengan tayangan video daripada penipuan yang sedang terjadi di negara kita. Kebanyakannya terjadi ketika menggunakan internet dan mangsa yang terlibat ialah perempuan. Oleh itu, kelas kesedaran seperti ini amatlah penting untuk memastikan masyarakat luar bandar juga dapat menghindari penipuan seperti ini daripada terjadi

Klik gambar disini