Pendidikan

 

Sekolah Kebangsaan Padang Chichak

Institusi persekolahan di SK Padang Chichak bermula pada 01-02-1954,di atas sebuah kawasan di tapak wakaf Kampung Padang Chichak iaitu lebih kurang 3km dari sekolah ini sekarang. Seramai 35 orang pelajar di bawah bimbingan cikgu Osman bin Bakar mengharungi dunia pembelajaran selama 3 jam sehari di bawah sebuah bangunan seluas 120x20 kaki,bertiang kayu bulat, beratap rumbia dan berdindingkan buluh yang dibina secara gotong royong oleh penduduk tempatan.

Perasmian bangunan dan pengiktirafan sebagai sekolah rakyat disempurnakan oleh Guru Yan/Sik pada 01.02.1955. Sekolah ini berpindah sebanyak dua kali sebelum kekal di tapak sekarang. Bersempena dengan Pokok Chichar yang tumbuh meliar di kawasan sekolah,maka telah di beri nama dan dipersetujui oleh penduduk kampung dengan nama Sekolah Kebangsaan Padang Chichar.

Pertembungan dua loghat dan gaya bahasa dua etnik utama iaitu Melayu dan Thai, perkataan Chichar berubah menjadi Chichak.Dengan kakitangan seramai 30 orang guru dan di bantu oleh tiga orang staf sokongan Sekolah Kebangsaan Padang Chichak kini berwajah baru dengan bangunan tiga tingkat. Setiap aliran mengandungi dua kelas mengikut tahap kebolehan murid iaitu Kelas Anggun dan kelas Arif.

 

SEKOLA

 Sekolah Kebangsaan Padang Chichak,
08320, Jeneri, 
Sik, Kedah Darul Aman
Tel : 04-4626689

 

 

Perpustakaan Desa Gajah Putih

 

PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Desa Gajah Putih,
08200, Sik,
Kedah Darul Aman