Pertanian

9amalan

Amalan pertanian yang baik merupakan satu sistem pengurusan yang mengamalkan amalan-amalan pertanian yang mengikut standard dan peraturan bagi mendapatkan hasil yang tinggi di samping mengawal serta mengurangkan risiko dan kesan negatif terhadap alam sekitar. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, YB. Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata, amalam pertanian yang baik bermula dari kerja penyediaan kawasan dan penanaman anak pokok sehingga ke peringkat hasil. “Lembaga Kemajuan Pekebun Perusahaan Kecil (RISDA) telah mensasarkan produktiviti bagi setiap hektar kebun getah adalah 1,800 kilogram setahun manakala sawit 20 matrik tan perhektar setahun menjelang tahun 2020,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Gerakan Peningkatan Produktiviti Peringkat Negeri Kedah 2015 yang diadakan di Mukim Jeneri. Menurutnya, RISDA turut menyedia dan melaksanakan inisiatif program peningkatan produktiviti getah yang meliputi pemberian peralatan menoreh dan racun rumpai kepada pekebun kecil yang akan memulakan penorehan. “Skim insentif produktiviti getah meliputi pemberian baja dan bahan rangsangan lateks kepada pekebun kecil yang telah menoreh turut diberikan di samping prasarana asas pertanian yang merangkumi komponen jalan pertanian, parit dan pembetung untuk mempermudahkan pengangkutan dan pemasaran,” ujarnya. Beliau turut menyeru kepada pekebun kecil agar tidak berputus asa untuk terus berusaha mengukuhkan ekonomi masing-masing. Anggaplah membaja ini juga sebagai satu pelaburan yang perlu dilaksanakan agar pulangan akan berlipat kali ganda di masa hadapan. “Kita juga mempunyai tanggungjawab dan peranan yang harus dipikul, kalau ingin melihat negara kita maju, aman dan makmur, maka setiap rakyat mestilah menyempurnakan tanggungjawab itu. Setiap lapisan masyarakat mestilah sanggup dan berupaya menjalankan peranan dan tugas dengan jujur dan bersungguh-sungguh,” katanya. Sumber : UMTK

 

 

 KEDAH

 
PARLIMEN SIK
 
MANSOR

Yang Berhormat,

Dr. Mansor bin Abdul Rahman

Ahli Parlimen Malaysia Cawangan Sik -P.013 Sik

No. 16 Pekan Baru , 08200 Sik,

Kedah Darul Aman.

Tel : 019-425777

 
ADUN JENERI
 
MAHADZIR

Yang Berhormat

Mahadzir bin Abd. Hamid

Ahli Dewan Undangan Jeneri N.23 Jeneri,

Lot 5358, Kg. Tala, Mukim Jeneri, 08700 Sik, Kedah Darul Aman

HP : 013-583358

E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.