Dari Masliyana Hassan:

Assalamualaikum jalan-jalan cari makan di kedah...

Saya nak share satu tempat makan

Nasi ayam penyet dia sedap la...asli dari SURABAYA..dan harga pon okey la...rm5.50

Nasi goreng ayam penyet pon adaa.

Lokasi:
No.1B Kedai Kuala Temin ( sebelah pencawang TNB ) Mukim Jeneri , Sik...kedai dia sebelah pencawang letrik, belah kanan kalau kita dari Sik

Waktu niaga:
11 pagi smpai 12 malam
Ahad tutup

Kredit : Facebook Jalan-Jalan Cari Makan Kedah- Rasmi

Teh Ais Cincau

Jom Merasa Teh Ais Cincau..Sedap, Pekat, Kaww.

Lokasi : Kampung Charuk Pelanduk

GPS 5.793034, 100.69957

Kredit: Facebook Menarik Di Sik

 

 

BIHUN SUP RM 1 MELETOP DI RESTORAN RASLIMA, PEKAN BATU 5, SIK!!”
YA BETUL RM 1 SAHAJA..
(Sejibik Macam dalam Gambar) Bihun + Daging
Mintak tolong viralkan BIHUN SUP RM 1 Meletop dengan like Page ni dan share ke Kawan2 SIK, dan yang terasa nak makan BIHUN SUP RM 1 Meletop ni.
JOOOOOOOMMMMMM SERBUUUUUU !!!!
Juga Terdapat Makanan SPECIAL
 Shell Out
 Char Kuew Tiow Kambing/Ketam
 Roti Arab
 Steamboat
 Makanan Goreng2

Alamat
RESTORAN RASLIMA, PEKAN BATU 5, 08200 SIK KEDAH
(Depan Masjid Batu 5, Sik)
Masa Operasi
4.00 Petang – 11 Malam
Isnin – Sabtu
Ahad Sahaja Tutup
Nak Booking Boleh Whatsap Terus Ke :
013-7550170 - IFAS
017-5544818 - IFAS
Jika Boleh Booking dulu.. Takut nanti datang2 Meja dah habis.. Takut2 xdan MELETOP habis awal.. JOM2 PI MAKAN!!!
Kredit : facebook Menarik di Sik

Orang Sik dah tak payah nak cari sushi di bandar besar. Sekarang ni orang Sik dah boleh makan sushi buatan chef tempatan 😉

10keping rm10 (crabstick+timun+salad) 
rm12 (tuna+salad)

Nak cuba?

Whatsapp Shuhada 0134649582

Kredit: Facebook Menarik Di Sik 

 

Keunikan juadah di Kedah

  •  Gulai Kawah Umbut Batang Pisang

Mayarakat Kedah turut mempunyai beberapa juadah kegemaran yang diwarisi turun temurun dan tidak terdapat atau sukar diperolehi dalam masyarakat Melayu lain. Di antaranya ialah gulai daging lembu atau kambing bersama umbut batang pisang yang paling dalam yang biasanya dimasak untuk hidangan kenduri. Gulai yang dimasak dalam kawah besar ini mempunyai aroma yang sangat menyelerakan dan enak dimakan semasa masih panas. Resepi pelbagai masakan kenduri ini diwarisi secara turun temurun. Juadah ini sangat popular dan merupakan juadah utama ketika majlis kenduri kahwin kampung2 di kedah.

 

  • Bihun Sup Utara

BIHUN sup utara dihasilkan menggunakan rempah sup asli dan tulang yang segar. Sajian yang terkenal di utara tanah air ini sesuai dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri. Untuk melengkapkan keunikan rasa sajian ini, hidangkan bersama sambal merah dan taburkan lobak masin. Antara kedai makan bihun paling popular di kedah Bihun Sup Puaka di Merbok dan Bihun sup Along di Pekan Tikam Batu.

 

  • Laksa Kedah

Laksa Kedah antara salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Kuah Laksa asam pedas yang menggunakan ikan segar akan menambah lagi kesedapan kuah tersebut. Laksa kedah sedap dimakan bersama otak udang dan kemanisan kuah laksa akan  dapat dirasai. kedai laksa yang terkenal di kedah dan sentiasa memberikan kepuasan kepada pelanggan adalah Kedai Maksu Laksa Dapur Arang di Gurun,Kedah.